BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, March 20, 2010

Kepentingan Geografi

Pengetahuan Geografi penting untuk:
Memahami kenapa tempat atau kawasan dan unsurnya wujud dan dimana ia berada.
Apa makna keadaan dan kawasan itu sebelum, sekarang dan masa akan datang.
Bagaimana lokasi tempat dan kawasan tersebut memberi kesan kepada tempat lain.
Antara persoalan penting untuk dijawab dalam kajian geografi ialah:
Persoalan asas - apa, dimana, kenapa & bagaimana?
Kenapa manusia dan aktiviti wujud dan dimana ia sekarang?
Bagaimana wujud unsur, elemen dan aktiviti disatu-satu tempat berinteraksi dan menjadikan sesuatu lokasi, ruang, tempat dan kawasan itu unik?
Apakah hubungan antara lokasi, ruang, tempat dan kawasan yang berbeza kawasannya?
Apakah faktor atau daya yang menyebabkan peyerakan dan pengagihan unsur, elemen dan aktiviti mengikut lokasi, ruang, tempat dan kawasan.

Oleh kerana banyak kekeliruan berkaitan dengan geografi, William Patterson mengklasifikasikan pengajian geografi kepada empat bahagian iaitu:

Tradisi Ruangan
Tradisi Kajian Kawasan
Tradisi Manusia dan Alam Sekitar
Tradisi Sains Bumi

Rujukan: Nota Kuliah Encik Salis
Pensyarah PSS3104

Apakah Disiplin Geografi & Huraian Perbezaan Di Antara Geografi Fizikal Dan Geografi Manusia

Menurut Ensiklopedia Bebas Wikipedia, Geografi merupakan kajian tentang lokasi dan variasi ruang dalam fenomena manusia dan fizikal di bumi. Perkataan geografi diambil dari perkataan Inggeris yang berasal dari perkataan Greek hê gê ("bumi") dan graphein ("menulis" atau "menggambarkan").

Geografi juga merupakan pelbagai buku sejarah berkenaan bidang ini, khususnya Geographia oleh Klaudios Ptolemaios pada abad ke-2.
Geografi lebih daripada pengkajian peta. Ia bukan hanya menyiasat dimana kedudukan di bumi, kadang kala digelar kedudukan di angkasa. Geografi mengkaji sama ada ia disebabkan oleh manusia atau secara semulajadi. Geografi juga mengkaji kesan perbezaan tersebut.

Menurut laman web http://www.sabah.net.my pula, Geografi ditakrifkan sebagai satu mata pelajaran yang kompleks kerana ia bukan sahaja mempunyai ciri-ciri sosial tetapi termasuk juga ciri-ciri sains semula jadi. Geografi memandang manusia dengan aspek semula jadinya sebagai penaburan ruang yang saling berkaitan di atas permukaan bumi.Pola-pola tersebut adalah seperti penaburan penduduk, bandar, bahasa, negeri, politik, sistem pertanian, perindustrian, iklim serta penduduk.

Di samping itu pengajian geografi ialah mengenai perhubungan atau saling hubungan antara kawasan-kawasan seperti trafik penumpang pesawat udara, perkapalan lautan atau perdagangan antarabangsa.

Tambahan pula geografi cuba menggunakan data-data daripada dunia biologi, fizikal dan sosial seperti unsur-unsur yang menunnjukkan variasi yang jelas dalam ruang yang mempunyaisaling hubungan yang bermakna dengan fenomena yang lain.

Oleh yang demikian, geografi bolehlah disifatkan sebagai satu bidang pengetahuan atau 'field of knowledge' dan bukanlah satu subjek yang tersendiri di mana pengetahuan-pengetahuan adalah asli kepada mata pelajaran itu. Ini bermakna geografi bukanlah satu bentuk pengetahuan tetapi ia adlah satu bidang, di mana kebanyakan butir pengetahuannya didapati subjek-subjek sains sosial dan sains semulajadi. Konsep geografi ini adalah konsisten dengan falsafah serta ideanya iaitu:

1. Geografi sebagai satu sintesis

2. Geografi sebagai satu pandangan

Dalam konteks itu, sintesis boleh disifatkan sebagai penggabungan unsur-unsur dan bahagian-bahagian supaya menjadi satu keseluruhan.

Oleh sebab itu Geografi ialah satu mata pelajaran yang kompleks adalah sukar untuk memberinya satu definisi yang khusus. Banyak percubaan telah dibuat untuk mendifinasikan bidang itu dan berikut ialah takrifan yang penting dan menarik.

UNESCO (1956) mendifinisikan geografi sebagai:

1. satu agen sintesis

2. satu kajian perhubungan ruang

3. sains dalam penggunaan tanah

John Mackinder (1861-1947) seorang pakar geografi memberi definisi geografi sebagai satu kajian mengenai kaitan antara manusia dengan alam sekitarnya.

Geografi terbahagi kepada beberapa cabang iaitu Geografi Fizikal dan juga Geografi Manusia

Geografi fizikal adalah cabang geografi yang membincangkan tentang keadaan fizikal bumi. ia membincangkan tentang, Bumi sebagai satu sistem, Batuan, Laut dan lautan, Iklim, Luluhawa, Ekosistem, Tumbuhan dan haiwan liar.
Secara keseluruhannya, Geografi Fizikal adalah segala yang berkaitan dengan permukaan Bumi yang meliputi tanah, air, udara, corak, suhu, tumbuh-tumbuhan dan sebagainya (atmosfera, biosfera, hidrosfera, litosfera).

Geografi Manusia pula melibatkan kajian tentang keruangan di permukaan bumi yang mengambil manusia sebagai objek utama. Ia meliputi geografi kependudukan, aktiviti ekonomi, geografi politik, geografi kebudayaan, geografi kemasyarakatan, geografi tingkah laku dan geografi sosial.

Geografi Manusia memberi tumpuan kepada interaksi antara manusia dengan manusia dan antara manusia dengan alam sekitar. Penekanan diberi kepada taburan dan pola yang wujud akibat perubahan pandang darat fizikal dan budaya dalam usaha manusia untuk kesejahteraan hidup.

Menurut Wikipedia, geografi manusia merangkumi aspek ekonomi, politik, kebudayaan, meterologi dan ekologi bumi yang dipengaruhi oleh kegiatan manusia. Aspek manusia lebih tertumpu kepada sains kemasyarakatan. Ini memberi penerangan tentang cara-cara manusia menyesuaikan diri dengan alam sekeliling dan kesan-kesan kegiatan manusia.

Pada ketika pelopor alam sekeliling (environmental determinism), geografi ditakrifkan bukan mengenai pengkajian hubungan ruang, tetapi mengenai kajian bagaimana manusia dan alam sekitar berinteraksi. Walaupun pelupur alam sekeliling berkurangan, masih terdapat tradisi geografer yang menumpukan hubungan antara manusia dan alam sekitar. Terdapat dua sub-bidang geografi alam sekitar manusia: ekologi kebudayaan dan politik (cultural and political ecology (CAPE), dan kajian ancaman semulajadi.

Sunday, January 31, 2010

Lelaki Melayu Tidak Romantik ???

Apakah yang dianggap romantik bagi wanita melayu? Sehinggakan ada yang membanding beza isu romantik dalam kalangan lelaki melayu berbanding lelaki asing. Ramai kalangan wanita melayu memilih warga asing terutama "mat salleh" sebagai calon suami...Mungkin bagi mereka bersuamikan mat saleh itu hebat ?....atau mungkin mat salleh itu dianggap romantik ?.Bagi penulis, kalau romantik tak kan selepas itu bercerai berai....pulak.Jadi bagi wanita melayu, berfikirlah dahulu sebelum membuat keputusan. Ramai wanita melayu tersiksa setelah berkahwin dengan warga asing.

Tuesday, December 15, 2009

Pandu Arah Kembara

1.0 PENGENALAN
• Orienteering ialah satu cabang pengetahuan berkaitan dengan teknik- teknik pergerakan dari satu tempat ke tempat yang lain dengan menggunakan kemahiran membaca peta dan kompas.
• Orienteering adalah sukan rekreasi yang memerlukan imbangan diantara koordinasi fizikal dan mental dengan baik. Peserta perlu mengemudikan arah dirinya dari satu titik kawalan ke satu titik kawalan yang lain dengan berpandukan kepada peta dan kompas yang diberikan yang telah ditandakan diatas peta dan ditentukan dipermukaan bumi mengikut susunan tertentu.
• Orienteering bermaksud peta, hutan dan adventure. Sukan ini boleh diibaratkan gabungan antara sukan merentas desa (cross-country), pandu arah dan acara mencari harta karun (tressure-hunt). Ia meliputi berbagai bidang latihan, kaedah mainan dan pertandingan disamping menyediakan ruang eksplorasi, cabaran dan risiko tersendiri.

Di samping menggunakan kompas dan peta, kita juga boleh menggunakan panduan angin untuk menentukan arah. Walaubagaimanapun, cara ini memerlukan pengetahuan penelitian yang betul kerana cara ini kelazimannya bergantung kepada keadaan cuaca dan hari yang terang.

• Antara panduan yang lazim dan kerap digunakan ialah pergerakan matahari dari timur ke barat pergerakan bintang arah ke barat; kumpulan bintang yang dapat menunjuk arah ke utara; pengaliran air mata air ke sungai dan mengalir terus ke kuala/laut yang selalunya ada terdapat perkampungan dan arah tiupan angin.

2.0 JENIS-JENIS ORIENTEERING

Terdapat empat kaedah orienteering dijalankan mengikut ketetapan Persekutuan Orienteering Antarabangsa (IOF) iaitu Foot-O, MB-O, Ski-O dan Trail-O. Di negara ini, hanya kaedah Foot-O yang mudah untuk dilakukan, antaranya adalah

• Orienteering Merentas Desa (Cross-Country Orienteering)
• Orienteering Bermarkah (Score Orienteering)
• Orienteering Jalanraya (Street Orienteering)
• Orienteering Bukit (Mountain Orienteering)
• Orienteering Malam (Night Orienteering)
• Orienteering Berganti-ganti (Relay Orienteering)


2.1 Kebaikan sukan orienteering
• Sukan untuk semua
• Meningkatkan kecergasan fizikal
• Meningkatkan kecergasan mental & daya tumpuan
• Memberi cabaran & keseronokan
• Membina sikap positif & keyakinan diri
• Menggunakan persekitaran yang sihat
• Meningkatkan kemahiran pembacaan peta & kompas
• Memupuk sifat keberanian & ketenangan dalam keadaan cemas



3.0 TERMINOLOGI DAN ALATAN
Dalam aktiviti orienteering ini perlu tahu terminologi alatan alatan yang digunakan bagi menjalankan aktiviti ini antara alatan-alatan yang digunakan adalah seperti berikut:

i. Titik kawalan (Control point)
• Suatu tanda kedudukan yang telah ditentukan diatas peta yang perlu dilawati oleh peserta.
• Biasanya merupakan ciri-ciri mukabumi atau ciri-ciri buatan manusia yang jelas.
• Titik kawalan bukanlah “check-point” kerana ia tiada penjaga dititik ini.



ii. Penanda kawalan (Control marker)
• Tujuannya bagi membantu peserta tiba kedestinasi yang betul.
• Suatu objek yang diperbuat daripada kain berwarna merah muda dan putih sebagai tanda yang diletakkan di Titik kawalan (dalam lingkungan 10m).
• Mempunyai kod kawalan tersendiri dan penebuk lubang (puncher) yang unik.
• Peraturan IOF tidak membenarkan No. 1 hingga 40 dijadikan sebagai No. Kod Kawalan.


iii. Kad kawalan (Control card)
• Setiap peserta perlu membawa bersama-sama kad kawalan ketika menyertai acarasebagai bahan bukti atau pengesahan.
• Dalam kad ini akan dicatatkan nama peserta serta masa bermula (start time) dan tersedia petak-petak untuk ditebuk apabila sampai di titik kawalan nanti. Kad ini perlu diserahkan kepada penjaga masa digarisan penamat untuk dicatatkan masa penamat.

iv. Peta utama (Master map)
• Peta yang telah ditandakan dengan landasan dan disertakan dengan keterangan kawalan.
• Landasan ini akan disediakan oleh Perancang Landasan.
v. Keterangan kawalan (Control description)
• Keterangan asas sebagai panduan titik-titik (control description) kawalan berkenaan. Butir-butir yang disenaraikan adalah siri titik kawalan, kod kawalan dan keterangan mengenai kedudukan titik kawalan.
• Diperingkat antarabangsa, keterangan tidak ditulis dalam bentuk ‘teks’ tetapi dalam bentuk kod/gambarajah.


vi. Landasan (Course)
• Landasan adalah panduan arah perjalanan dari permulaan titik kawalan ke titik kawalan yang lain hingga kepenamat. Landasan ini akan dilukis diatas peta utama dan akan disalin oleh peserta kemudiannya.
• Tanda yang berkenaan landasan adalah
- Titik permulaan ditandakan dengan tiga segi.
- Titik kawalan dengan tanda bulatan.
- Titik penamat dengan tanda 2 bulatan bertintih.
- ‘Leg’ adalah perjalanan diantara 2 titik kawalan



vii. Kompas (Compass)
• Alat bantu yang kedua terpenting dalam sukan orienteering.
• Ia digunakan hanya untuk menentukan arah sahaja.


4.0 PENGETAHUAN ASAS
Untuk memastikan aktiviti orienteering ini dapat dibuat dengan mudah dan betul, maka seseorang itu perlu mempunyai pengetahuan asas berkaitan dengannya, iaitu:

i. Teknik membaca peta
ii. Teknik membaca kompas
iii. Boleh menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling



4.1 Teknik Membaca PetaTopo


Peta adalah lukisan bagi gambaran bentuk mukabumi bagi sesebuah kawasan yang dilihat dari udara. Peta adalah sumber maklumat bagi kawasan berkenaan. Mempunyai tajuk, kontor, skala, petunjuk, garisan melaras dan kod warna yang akan memberi kemudahan dan tangkapan yang tepat mengenai rupa bumi kawasan berkenaan.

Membaca peta ialah proses menafsirkan maklumat yang tergambar di atas peta kepada maklumat sebenar yang diwakilinya. Peta merupakan satu gambaran yang dapat dilihat dari udara ke atas sesuatu tempat atau kawasan yang menggambarkan keadaan tempat itu di segi jenis tanaman, bangunan, jalanraya, sungai, paya, hutan tanah tinggi dan sebagainya. Peta yang selalu digunakan untuk aktiviti orienteering ialah peta topographi.


4.2 Jenis-jenis peta
Terdapat beberapa jenis peta yang digunakan dalam aktiviti orienteering. Antara peta-pta yang diterbitkan ialah peta topo, peta panduan jalanraya, peta khusus, atlas, peta imejan satelit dan peta orienteering. Peta-peta ini menunjukan tempat dan bearing tempat yang hendak ditujui. Peta yang sesuai digunakan ialah peta orienteering. Kandungan dalam peta orienteering ialah mempunyai tajuk peta, Arah Utara Mempunyai skala - samada 1:5000, 1:10000, atau 1:15000,petunjuk peta, garisan melaras utara-selatan, Kredit – kerjaukur, kartografi, tarikh cetakan, penaja dan sebagainya.


4.3 Warna-warna dalam peta
Terdapat 6 warna yang ditentukan mengikut standard IOF. Warna tersebut adalah :-
• Hitam - ciri-ciri buatan manusia & batu
• Perang - kontor & jalanraya
• Kuning - keadaan tumbuhan : lapang dan terbuka
• Putih - keadaan tumbuhan : berpokok/boleh berlari
• Hijau - keadaan tumbuhan :berjalan/redah
• Biru - kawasan ber



4.4 Bentuk muka bumi
Garisan kontor dalam peta akan menerangkan maksud paras ketinggian yang samarata bagi keadaan mukabumi berkenaan. Antara yang perlu diketahui adalah :-
• Susuh bukit (spur) - sejalur tanah yang menganjur keluar
• Ceruk (re-entrant) - berlawanan dengan susuh bukit
• Permatang (ridge) - tanah tinggi yang memanjang
• Pelana (saddle) - suatu lekukan yang terletak diantara dua bukit
• Knol (tanah yang lebih besar dari busut tetapi kecil dari anak bukit)

4.5 Maklumat Peta
Maklumat yang diperolehi dari peta dibahagi kepada dua iaitu:

i. Maklumat bingkai - iaitu maklumat yang terdapat di luar dari gambar peta seperti gambarajah 1 dibawah

ii. Maklumat gambar peta - iaitu maklumat yang menerangkan gambaran sebenar keadaan muka bumi dan kegunaan tanah.

4.5.1 Maklumat gambar peta
Dalam aktiviti pandu arah maklumat yang amat penting untuk diketahui dan difahami ialah penafsiran garisan kontur yang menggambarkan keadaan rupa bumi sesuatu kawasan sama ada berbukit, permatang, lurah, tanah rata, ataupun sungai.
Keadaan rupa bumi diterangkan dengan garisan kontur di mana jarak kenaikan antara garis kontur dipanggil selang koritur biasanya sama ada 25 kaki, 50 kaki atau 100 kaki. lanya menggambarkan kenaikan ketinggian mengikut jarak menegak dan bukan mengikut cerun atau lereng bukit. Selain menggambarkan ketinggian, kontur juga menggambarkan bentuk dan keadaan cerun. Jika keadaan kontur rapat-rapat, ini berertibahawa cerun adalah curam. Jika jarak antara garisan kontur sama, maka ia menggambarkan cerun yang seragam.
Selalunya garis kontur berbentuk "V" menunjukkan lurah dan "U" menunjukkan permatang. Arah "V" selalunya menuju ke atas bukit. Keadaan ini boleh diterangkan seperti di gambarajah 3.



4.5.2 Skala
Skala adalah nisbah satu unit sukatan di atas peta dengan unit sukatan yang sama di atas tanah. Dalam lain perkataan ianya adalah kaitan di antara jarak di atas peta dengan jarak di permukaan bumi yang sebenarnya yang ditunjukkan oleh skala peta itu. Contohnya skala peta 1 : 50,000 bermaksud setiap satu unit sukatan di atas peta mempunyai persamaan jarak 50,000 kali pembesaran di atas tanah seperti 1 em di atas peta bersamaan dengan 50,000 em (5 km) di atas tanah.


4.5.3 Garisan Grid
Semua peta mempunyai garisan grid yang membahagibahagikan peta itu dengan garis-garis melintang dan membujur. Tiap-tiap garisan melintang (Utara) dan membujur (Timuran) mempunyai nilai masing-masing yang diwakili oleh dua angka sahaja. Angka yang terkecil ialah 00 sementara yang terbesar ialah 99. Garisan girid ini dibuat bagi membantu kita menentukan dengan cepat dan tepat lokasi di mana kita berada. Pembacaan garisan grid ini dibuat dengan menyebut angka timuran dahulu dan diikuti dengan angka utara contohnya 98-99 garis bujur (timuran) dan 48-49 garis lintang (utara).


4.5.4 Utara peta
Dalam aktiviti pandu arah, arah utara di dalam peta adalah merupakan arah magnetik utara yang ditunjukkan oleh kornpas. Untuk mendapat arah utara atas peta seseorang itu hanya diperlukan meletakkan kompas di atas peta sehingga jarum magnetik utaranya selari dengan tanda utara di dalam peta tersebut.


5.0 Mengukur Jarak
Sukatan jarak yang lurus di atas peta boleh diukur dengan menggunakan kayu pembaris ,manakala jarak berliku menggunakan benang . Jarak yang diperolehi ditukarkan dengan skala yang terdapat pada peta untuk mendapat jarak sebenar.


5.1 Kompas
Kompas adalah alat pengemudian arah yang mempunyai jarum magnetic merah hitam serta ditandai dengan ukuran sama dalam mil atau darjah. Ia merupakan alat bantu dalam sukan orienteering. Kompas digunakan bagi menentukan arah sesuatu tempat sama ada di atas peta atau di permukaan bumi. Ketetapan sesuatu kompas adalah bergantung kepada kepekaan jarumnya yang mudah dipengaruhi keadaan sekeliling terutama badan besi dan magnet. Dua jenis kompas yang selalu digunakan ialah kompas prismatik dan kompas silva. Kompas dari jenis silva adalah yang paling sesuai untuk digunakan di dalam aktiviti orienteering.


5.1.1 Jenis kompas
Terdapat berbagai jenis kompas dan jenama yang dikeluarkan untuk tujuan navigasi. Antaranya adalah Kompas Tentera, Kompas Orienteering, Kompas Marin, Kompas Kiblat, Kompas Digital. Kompas orienteering pula terdapat dalam berbagai bentuk dan jenama antaranya baseplate compass, thumb compass dan clip compass. Ianya direkacipta agar lebih mudah dan praktikal. Dua jenama yang popular adalah Suunto buatan Finland dan Silva buatan Sweden




5.2 Mengukur, bearing di atas peta
Pengukuran bearing dari satu titik kawalan ke titik kawalan yang lain yang ditandakan di atas peta boleh dibuat melalui beberapa peringkat contohnya di antara titik K dan titik L.

a) Letakkan kompas di atas garis penghubung diantara titik K dan titik L yang ditanda di peta. Jika garisan penghubung sukar dilihat kerana dilindungi oleh kompas, aturkan supaya satu daripada bahagian tepi kornpas selari dengan garisan penghubung K dan L. Pastikan anak panah mara menghala ke arah titik yang hendak dicari bearing. Dalam contoh ini titik yang bearingnya hendak dicari ialah L. Oleh itu anak panah mara hendaklah menghala ke L dan bukan ke K.
b) Tanpa mengubah kedudukan kompas di atas peta, pusingkan dial sehingga anak panah kompas dan garisan girid selari dengan garisan penghubung K dan L.Pada masa yang sama jarum utara kompas hendaklah sama arah dengan utara peta.
c) Bacaan bearing K ke L didapati dari garisan indeks.


5.3 Mencari Bearing Objek Di Atas Tanah
Cara mencari bearing kompas dengan menggunakan kompas orienteering adalah seperti berikut:

a) Hendaklah berdiri menghala ke arah objek yang akan dicari bearingnya.
b) Kompas hendaklah diletakkan di atas tapak tangan dengan kedudukan tapak tangan rata. Tentukan kedudukan anak panah mara menghala ke arah objek yang hendak dicari bearing. Selepas itu pusingkan badan anda perlahan-Iahan sehingga anak panah mara betul-betul menghala kepada objek yang tuju.
c) Tanpa membuat apa-apa perubahan kedudukan kornpas,pusingkan dial sehingga jarum kornpas bertindih selari dengan anak panah kompas. Tentukan utara jarum kompas sehala dengan utara anak panah. Bearing kepada objek tersebut diperolehi pada bacaan yang ada di garisan indeks.

5.4 Menentukan Kedudukan Peta dengan menggunakan kompas

a) Peta diletakkan di atas permukaan yang rata. Kemudian letakkan pula kompas di atas peta tersebut di mana anak panah kompas menghala ke utara peta dan selari dengan garisan grid timuran di peta. Kemudian pusingkan peta sehingga jarum kompas bertindih selari dengan anak panah kompas. Dalam keadaan sedemikian peta diorientasikan sejajar dengan bumi.



6.0 Panduan Lazim bagi Pengembara
Bagi pengembaraan yang tidak menggunakan peta dan kompas, terdapat cara lain yang boleh digunakan untuk menunjuk arah. Walaubagaimanapun cara ini memerlukan pengalam dan penelitian yang terang dan jelas. Di antara panduan lazim yang biasa digunakan ialah:

a) Matahari
Matahari terbit di sebelah timur dan terbenam di barat. Arah ini boleh diketahui melalui bayang-bayang. Jika kita dapat mengetahui arah barat dan timur, maka bolehlah kita tentukan arah yang hendak kita tuju.


b) Bulan
Bulan juga terbit di sebelah timur. Oleh yang demikian dapatlah kita mengetahui arah mata angin dengan berpandukan bulan pada waktu malam

c) Bintang
Bintang bergerak arah ke barat , bintang-bintang tertentu yg menunjuk kea rah utara.

d) Sungai
Air mengalir kehilir, selalunya ke hilir sungai ada terdapat perkampungan. Oleh yang demikian, jika kita menghilir sungai, kita akan berjumpa dengan manusia, dan dari situ dapatlah kita menentukan semula arah.


6.1 BERGERAK KE TEMPAT DITUJU
6.1.1 Perancangan Perjalanan
Sebelum bergerak ke tempat yang dituju sedikit perancangan perlu dilakukan untuk memastikan perjalan akan menjadi lebih mudah dan selamat. Beberapa perkara yang perlu diberi perhatian dalam perancangan adalah seperti berikut:

a) Tentukan arah di atas peta dengan jelas dan tepat.
b) Dalam apa keadaan, kita hendaklah tahu dan cekap meramal sesuatu yang boleh ditemui di hadapan kita.
c) Kita hendaklah mencatit apa-apa yang luarbiasa atau mercutanda yang boleh ditemui di sepanjang perjalan sebagai rujukan.
d) Bagi kawasan tinggi dan berbukit-bukau, mengikut permatang akan memudahkan perjalanan.

e) Bagi kawasan landai dan rata, menyusur sungai menjadi lebih mudah, walaubagaimanapun patut mengambil perhatian bahawa kawasan sungai biasanya berpaya, berbelit dan mudah banjir.

Setelah menetapkan tempat yang hendak dituju dan merancang perjalanan untuk sampai ke tempat tersebut, kita hendaklah sentiasa menjaga arah haluan perjalan yang disesuaikan dengan keadaan muka bumi dan tumbuh-tumbuhan, supaya ianya tidak menyimpang daripada matlamat asal. Jika kehilangan haluan kita hendaklah berhenti dengan segera, berehat sebentar, tenangkan fikiran dan menyemak semula arah laluan.


6.1.2 Kaedah Pergerakan
Bergerak dalam kumpulan.
a) Hendaklah bergerak dengan tertib dan formasi yang teratur.
b) Adakan perbincangan sebelum perjalanan dibuat.
c) Hendaklah bergerak dalam pasangan, jangan berpecah terutamanya pada waktu malam gelap. Tiap pandangan hendaklah sentiasa berada dalam jarak yang mudah dilihat dan didengar panggilannya.
d) Jika bergerak dalam kumpulan yang besar, boleh mengarahkan satu kumpulan kecil untuk mencari jalan, rintis dan (jika perlu) menyediakan tapak khemah untuk rehat.
e) Ketua kumpulan jangan bergerak terlalu cepat. Jika ada rintangan perhatikan semua telah melepasinya dan mendapatkan rehat yang cukup.
f) Adalah lebih baik melangkah dengan seragam dan bergerak perlahan kerana ini kurang memenatkan. Sebaik-baiknya hendaklah melenggang dan jangan memasukkan tangan di dalam saku.
g) Kerapkali mengambil rehat dan bertanya keadaan setiap orang. Jika membawa galas, hendaklah sentiasa dibetulkan dan disusun semula supaya kemas dan seimbang.


6.1.3 Bergerak waktu malam
Berjalan di waktu malam di kawasan yang kurang diketahui sangat membahayakan kerana penglihatan yang terhad dan kurang jelas. Keadaan ini boleh menyebabkan kita mudah kehilangan arah yang dituju. Oleh yang demikian, penggunaan kompas untuk memandu pergerakan amatlah perlu. Di samping itu hendaklah sentiasa menggunakan pendengaran dan hiduan, di samping melangkah dengan perlahan dan menguji tempat dipijak sebelum bergerak.


6.1.4 Bergerak di kawasan bukit dan gunung

Di kawasan berbukit dan melereng, adalah baik bergerak di kawasan yang tinggi iaitu mengikut permatang. Perjalanan mengikut sungai adalah memakan masa kerana ianya mungkin menempoh jeram, tebing tinggi dan batu licin yang sukar hendak dilalui dengan berjalan kaki. Di kawasan lereng curam, langkah hendaklah dipendekkan. Penggunaan tali atau pun pemegang semasa menuruni lereng licin amatlah digalakkan. Bagi lereng yang terlalu curam, bergerak mengikut arah zigzig adalah digalakkan untuk mengelakkan berlaga lutut. Semasa menuruni lereng yang curam, lutut hendaklah sentiasa dibengkokkan, dan gunakan tumit untuk mencari tapak.
6.1.5 Bergerak di dalam hutan
Berjalan dalam kawasan hutan ada kalanya perlu membuat rintis dan menebas tumbuhan untuk memudahkan perjalanan. Jika perlu menebas tebang pokok kecil, hendaklah dibuat seberapa rapat ke tanah supaya pokok tumbang tidak menghalang jalan dan tidak terdapat tunggul yang boleh membahayakan, terutamanya jenis buluh. Jika terdapat tumbuhan duri Mengkuang dan Asam paya yang tebal, jangan cuba dirintis tetapi sebaik-baik buatlah susuran.


6.1.6 Menyeberangi sungai
Panduan berikut boleh diikuti untuk keselamatan
a) Kuala sungai selalunya luas dan dalam, dan terikat dengan keadaan air pasang surut. Cuba elakkan dari menyeberangi kawasan ini kecuali ada perahu atau rakit.
b) Sebelum menyeberang semak dahulu kedalaman air dan kekuatan aras.
c) Ulu sungai walaupun tidak luas, airnya selalu laju, ada terdapat jeram, tebing, curam dan berbatu-batu.
d) Jangan mengharung air jika terlau sejuk, ini mung kin menyebabkan terjadinya ketegangan otot. Boleh menyeberang jika air kurang dari paras lutut dan segera keringkan seluar selepas sampai ke darat.
e) Gunakan kayu untuk mengukur kedalaman dan kelajuan air.
f) Jika berseluar panjang hendaklah dilipat untuk mengurangkan tolakan/tarikan air.
g) Hendaklah menyeberang secara mengereng di kawasan air dalam, jika air laju hendaklah membelakarigkan tebing yang dituju kerana tolakan air laju akan memudahkan kita menyeberang.


6.1.7 Panduan Jarak dan Tempoh Masa Perjalanan
Dalam keadaan biasa, kelajuan perjalan yang diambil adalah berbeza dari satu situasi yang lain. Bagi membantu kita merancang perjalanan untuk sampai ke sasaran, panduan kelajuan berikut bolehlah digunakan.

tanah lapang ………………………………… 4 - 5 kmj
mendaki …………………………………………2 -2.5 kmj
meredah hutan rata……………………… 2.5 - 3.5 kmj
meredah hutang lereng ………………… 1 - 1.5 kmj
meredah lalang tebal ………………………0.5 - 0.8 kmj
meredah resam tebal……………………… 0.1 - 0.3 kmj
meredah hutan pava dalam…………… 0.1 - 0.2 kmj








7.0 TINDAKAN APABILA SESAT JALAN

Tanda-tanda awal yang menunjukkan berlakunya kejadian sesat jalan ialah apabila kita didak sampai ke tempat yang dituju dalam masa yang sewajarnva. Dalam keadaan ini
Langkah-Iangkah berikut perlulah diambil:

a) Hentikan perjalanan dan berehat dahulu. Jangan panik.
b) Teliti peta dan bandingkan dengan perjalanan yang telah dibuat.
c) Berpatah balik ke belakang ke titik kawalan atau lokasi terakhir jika kita tidak dapat memastikan di tempat sebenar kita berada.
d) Jika selepas berpatah balik ke lokasi akhir juga tidak dapat membantu mencati sasaran, maka gunakan deria untuk menetap dan mencari kawasan yang ada manusia. Gunakan kompas untuk mengambil bearing ke arahnya.
e) Jika anda masih gagal, carilah aliran air atau anak sungai dan mengikutnya sehinqqa ke sungai dan berjumpa perkampungan.







7.2 Langkah pencegahan daripada sesat jalan
Langkah-Iangkah berikut hendaklah diberi perhatian yang mengelakkan dari berlakunya sesat jalan.

a) Jangan terburu-buru semasa bergerak.

b) Selalu semak arah perjalanan menggunakan peta dan kompas dengan keadaan muka bumi yang ditempuhi.

c) Lakarkan laluan perjalanan dari satu titik ke titik kawalan yang lain dan menandakan ciri-ciri muka bumi yang ditemui

d) Jika mengesyaki sebarang kesilapan berlaku, maka pergerakan hendaklah dihentikan segera. Selepas semakan dan pembetulan ke atas bacaan kompas dan peta dibuat, perjalanan bolehlah diteruskan.

SELAMAT BERKEMBARA

Sekian dari saya : En. Mohd Hanafi Zainal
Jab. Sains Sosial
IPGM Kampus Pend. Teknik KL

Wednesday, November 25, 2009

WARGA ASING

WARGA ASING
Kebanjiran warga asing di Malaysia adalah bukan suatu yang baharu.Bermula dari era Kesultanan Melayu Melaka seterusnya pada era penjajahan British. Namun kedatangan mereka suatu ketika dahulu adalah bermotifkan kepada ekonomi begitu juga sekarang. Kebanjiran warga asing sekarang adalah lebih ramai dan rencam sehingga menjadikan Malaysia sebuah negara multi etnik. Kebanjiran warga Indonesia yang datang secara sah menjangkau 4 juta orang ,itu pun belum dikira dengan yang masuk secara haram. Mungkin sekali ganda lagi. Begitu juga dengan warga Bangla, Thai, Filipina, China, India dan sejak akhir-akhir ini kebanjiran warga Afrika. Sebenarnya mereka boleh menggugat keharmonian negara. Malaysia juga perlu berhati-hati menanggani kumpulan mereka ini kerana melibatkan soal diplomatik dan hubungan antara negara.Sejak akhir-akhir ini masalah awang hitam, ahmoi China dan mat Indon sering menghantui masalah sosial negara kita.Jadi apakah tindakan kita....apakah perancangan kerajaan dalam menanggani masalah ini. Jangan biarkan ia berlarutan tanpa kesudahan...fikir-fikirkan.

Sunday, November 8, 2009

Salam bloggers,
Pelajar pgsr kajian sosial akan mempelajari kursus baru iaitu geografi persekitaran yang akan diselia oleh saya untuk sesi Disember ini. Diharap semua pelajar bersedia untuk mengikutinya.

sekian, terima kasih
MOHD HANAFI BIN ZAINAL
JABATAN SAINS SOSIAL
IPGM KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK
KUALA LUMPUR

Saturday, November 7, 2009

geografi

hai pelajar pgsr kajian sosial